Selasa, 11 September 2012

Penduduk Tabuan Melayu perlu perkhidmatan KTW satu Malaysia

KUCHING: Penduduk kawasan Tabuan Melayu di sini amat memerlukan perkhidmatan WiFi untuk memudahkan mereka mengakses Internet.
Seorang penulis blog, LAN (Lak Ato Nya) berkata, kadar penembusan Internet di kawasan Tabuan Melayu masih kurang terutamanya dari segi perkhidmatan WiFi.
Beliau berkata, perkhidmatan WiFi amat diperlukan oleh penduduk di kawasan terbabit kerana kampung itu hanya mendapat liputan jalur lebar.
“Meskipun kampung kami terletak di kawasan bandar, namun kami amat kecewa kerana tidak mendapat liputan WiFi,” katanya di sini semalam.
LAN berkata, permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan WiFi akan diajukan kepada wakil rakyat mereka untuk tindakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya, dianggarkan lebih 1,700 orang pengguna Internet kampung terbabit telah berdaftar dalam laman sosial Facebook, Tabuan Melayu The Legend (TMTL).
“Kita perlu akui bahawa penggunaan teknologi maklumat (IT) kini semakin berkembang pesat, justeru kami amat memerlukan perkhidmatan WiFi,” katanya.
LAN menarik perhatian memandangkan kawasan Tabuan Melayu belum mendapat liputan WiFi, pengguna Internet hanya bergantung kepada perkhidmatan jalur lebar.
“Perkhidmatan WiFi amat diperlukan pada masa sekarang bagi memberi manfaat kepada penduduk terutama pelajar yang kebanyakannya dibekalkan dengan komputer riba,” ujarnya.

Tiada ulasan: