Selasa, 11 September 2012

Program sulung BMI (Biro Modal Insan DUN N5 Demak Laut), Seminar PIBG DUN N5 Demak Laut, Mendapat Pujian

AHAD 9/9/2012, Rajah Court Kuching: Satu seminar sulung yang dianjurkan oleh Biro Modal  Insan telah mendapat pujian dari YB Hazlan Abg Hipni didalam ucapan akhir beliau "saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua AJK Biro Modal Insan DUN N5 Demak Laut kerana telah berjaya menjalankan aktiviti sulung kita pada tahun ini dan insyallah akan ada banyak lagi aktiviti lain yang seumpanya demi untuk memastikan demak laut akan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan di kawasan sendiri" seramai lebih 160 jemputan yang hadir, terdiri daripada semua Penghulu, Ketua Kampung, AJK PIBG kawasan DUN N5 Demak Laut, Majlis dimulakan dengan penceramah yang pertama iaitu En Zamri Mohamad (Pengurus Kewangan PIBG) mengulas soal pengurusan kewangan PIBG dan disusuli sesi soal jawab, penceramah kedua iaitu Pn Rohana Abdullah yang pula menyentuh peranan PIBG dalam kemajuan pelajar dan disusuli juga sesi soal jawab bersama tetamu yang hadir. Pengerusi Biro Modal Insan iaitu Encik Jolly Marikan turut tidak ketinggalan memberi ucapan, Acara diteruskan dengan ucapan Oleh Adun N5 Demak Laut, YB DR. Hazlan Abg Hipni untuk perasmian serta penutupan seminar. Seramai 20 pelajar yang berjaya ke IPT turut mendapat sumbangan dalam seminar tersebut.

Penduduk Tabuan Melayu perlu perkhidmatan KTW satu Malaysia

KUCHING: Penduduk kawasan Tabuan Melayu di sini amat memerlukan perkhidmatan WiFi untuk memudahkan mereka mengakses Internet.
Seorang penulis blog, LAN (Lak Ato Nya) berkata, kadar penembusan Internet di kawasan Tabuan Melayu masih kurang terutamanya dari segi perkhidmatan WiFi.
Beliau berkata, perkhidmatan WiFi amat diperlukan oleh penduduk di kawasan terbabit kerana kampung itu hanya mendapat liputan jalur lebar.
“Meskipun kampung kami terletak di kawasan bandar, namun kami amat kecewa kerana tidak mendapat liputan WiFi,” katanya di sini semalam.
LAN berkata, permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan WiFi akan diajukan kepada wakil rakyat mereka untuk tindakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya, dianggarkan lebih 1,700 orang pengguna Internet kampung terbabit telah berdaftar dalam laman sosial Facebook, Tabuan Melayu The Legend (TMTL).
“Kita perlu akui bahawa penggunaan teknologi maklumat (IT) kini semakin berkembang pesat, justeru kami amat memerlukan perkhidmatan WiFi,” katanya.
LAN menarik perhatian memandangkan kawasan Tabuan Melayu belum mendapat liputan WiFi, pengguna Internet hanya bergantung kepada perkhidmatan jalur lebar.
“Perkhidmatan WiFi amat diperlukan pada masa sekarang bagi memberi manfaat kepada penduduk terutama pelajar yang kebanyakannya dibekalkan dengan komputer riba,” ujarnya.

Hidupkan segera lampu isyarat di Jln Setia Raja Kpg Tabuan Melayu

KUCHING: Penduduk di kawasan Tabuan Melayu di sini meminta kerjasama pihak berwajib agar segera menghidupkan lampu isyarat trafik yang telah dipasang di persimpangan kampung terbabit.
Seorang penduduk, Muhammad Azani (Len Jan) berkata, lampu isyarat trafik di jalan kampung itu telah dipasang beberapa bulan lalu.
Namun, katanya, lampu isyarat itu belum lagi berfungsi dan amat membahayakan keselamatan orang ramai.
“Kami merayu kepada pihak berkuasa agar segera menghidupkan lampu isyarat trafik di Jalan Tabuan Melayu agar menjamin keselamatan penduduk kampung dan orang ramai,” katanya di sini semalam.
Azani yang juga ahli Kelab Tabuan Melayu The Legend (TMTL) berkata, penduduk kampung dan pengguna jalan terbabit menghadapi risiko kemalangan yang tinggi kerana jalan itu sentiasa sibuk.
“Kita tidak mahu insiden lebih buruk berlaku di persimpangan itu, malah mendatangkan bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya terbabit,” katanya.
Sementara, Wiera Samin pula berkata, pihak berkuasa telah memberitahu bahawa lampu isyarat itu akan dihidupkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Namun, katanya, Hari Raya telah berlalu dan sehingga kini lampu isyarat itu masih belum dihidupkan.
“Kami benar-benar berharap tindakan segera diambil agar lampu isyarat di Jalan Tabuan Melayu dihidupkan segera,” katanya.