Khamis, 9 Ogos 2012

berkemungkinan 5 calon untuk Kerusi Parlimen Santubung

Semakin lama semakin ramai menunjukkan minat untuk menjadi calon BN untuk kerusi Parlimen Santubong.       Penyandang adalah timbalan speaker Dewan Rakyat iaitu Yang Berhormat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.  Beliau di khabarkan akan naik pangkat ke Speaker Dewan Rakyat iaitu antara jawatan terpenting politik negara.  Jawatan Speaker Dewan Rakyat tidak perlu memegang kerusi parlimen. Speaker sekarang Tan Sri Datuk Seri Utama Panglima Pandikar Amin Haji Mulia melepaskan semua jawatan politiknya (seperti ketua UMNO Bahagian Kota Marudu) selepas menaiki kerusi Speaker Dewan Rakyat.

Jika bertukar wajah maka 'front runner' sekarang adalah Wan Hamzah Wan Paie.  Wan Hamzah bukan sahaja mendapat sokongan YB Datuk Wan Junaidi (jika tidak dicalonkan) tetapi juga Ketua Pemuda PBB iaitu YB Datuk Fadillah Yusuf.  Sokongan Wan Hamzah bukan sahaja ada dari cawangan Demak Laut tetapi juga Zon Samarahan (diketuai kawan rapatnya Hamzah Ibrahim), cawangan Batu Lintang (kawan rapatnya Dato Safri bin Dato Abdillah yang juga dikhabarkan menggantikan YB Datuk Ahmad Lai di parlimen Sibuti).

Juga seorang 'contender' adalah Drahman Jaladin iaitu bekas pegawai kanan bank RHB yang merupakan timbalan ketua cawangan pantai damai (DUN dalam kerusi parlimen Santubong).  Beliau adalah lebih 'senior' dalam parti jika dibandingkan dengan Wan Hamzah Wan Paie namun terpulang kepada 'selera' politik sekarang samada mahu memilih darah muda atau pengalaman.

Seorang lagi 'contender' adalah aktivis media sosial iaitu Wan Abdillah Edruce.  Beliau telah menyatakan kepada kawan-kawannya bahawa beliau telah banyak berjalan di kawasan parlimen Santubong sejak beberapa bulan ini.  Beliau juga mendapat banyak perhatian apabila menganjurkan media sosial event di Kuching Hilton beberapa bulan lepas.  Event itu di hadiri oleh kedua-kedua Pengerusi Barisan Nasional iaitu Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaaan YAB Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Sarawak iaitu YAB Pehin Sri Ketua Menteri.  Dalam event itu juga beliau mendapat pujian dari kedua pemimpin tertinggi BN.  Dalam memorandum kepada YAB Perdana Menteri Wan Abdillah telah menulis bahawa bakal calon BN wajib fasih media sosial untuk dipertimbangkan menjadi calon.


Pada sebulan lebih yang lepas mantan YB DUN Demak Laut (dalam kerusi parlimen Santubong) telah menyatakan dalam akhbar kesediaannya untuk bertanding kerusi parlimen Santubong.  Dengan itu 5 bakal calon untuk kerusi parlimen Santubong.  Kerusi parlimen Santubong merupaka kubu kuat PBB dan BN.  Oleh itu ia di gredkan sebagai 'very safe seat'.  Mana-mana 5 calon ini boleh menang.

Tiada ulasan: